Entahlah.
Dunia ni penuh dengan kedustaan.
Siang malam, apa yang aku kejar, semuanya dusta belaka. Ya, aku patut ingat, dunia ni sementara. Dan apa yang ada di dalamnya, tak kekal lama.
Astaghfirullah.
Terlampau banyak terlibat dengan hiburan dunia, sehingga aku leka dan terlupa pada kehidupan aku yang akan datang, dimana bekalannya patut dicari dari sekarang. Dan apa yang aku buat disini adalah, --aku sendiri yang perlu cari.
Apa tujuan aku hidup? Jika aku mati esok, apa yang aku patut rasa rugi? Apa kerugian yang patut aku elak? Entahlah.
Manusia biasa macam aku ni sangat jahil. Jahil tentang semua bab. Meskipun ada yang mengatakan aku ni antara orang yang beruntung sebab ada pangkat dan jawatan, namun aku rasa aku hanyalah seorang insan biasa,
yang juga perlu berdoa,
yang juga perlu usaha,
yang juga perlukan bantuan daripada Tuhan.
Ada kadangkala, aku rasa sains yang aku belajar ini semua dusta. Tapi ada logiknya juga. Aku tak tahu patut percaya atau tidak. Aku belajar ni pun untuk peperiksaan yang dapat membawa aku ke satu pentas yang lebih tinggi satu hari nanti. Namun, aku teruskan belajar. Walaupun ada perasaan was-was mahu percaya atau tidak, inilah fardhu kifayah yang perlu dicari.
Aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang pendakwah.
tapi,
kalau apa yang aku belajar ni tak betul, lepastu aku turunkan kepada mereka yang kosong ilmunya, tidak ke berdosa namanya? Dalam dunia zaman kini, macam-macam boleh terjadi. Aku hanya belajar sahaja. Sahih atau tidak itu, aku tak pernah fikirkannya sebelum ini. Aku hanya terima sahaja. Tapi aku takut untuk menyampaikannya kepada orang lain.
Aku tersepit.
Aku perlukan hidayahMu.
Aku kini kian jahil.
Bantulah aku, Tuhan.
No comments:
Post a Comment
Apa awak rasa?