Tuesday, 29 May 2018

Interview; Architecture UiTM

Assalamualaikum.

Okay, haritu saya ada pergi satu interview ni kat UiTM Puncak Alam, (yes, y'all, saya bercita-cita nak jadi architect hahahaha)

Jadi harini saya nak kongsi lah sikit pengalaman apa yang saya lalui kat sana. Rumah saya kat Shah Alam, dan nak pergi UiTM Puncak Alam tu makan masa 45 minit lalu highway. Oleh sebab masa pendaftaran start pukul 8.30pagi, saya pun pergilah kesana dalam pukul 7.15 dah bertolak. Konon nak sampai awal la kan (kononnya)

Oh, lupa nak cakap, if you guys nak attend mana-mana interview, make sure datang awal, make sure datang awal, make sure datang awal! Lagi-lagi interview UiTM sebab ramai nooo beratur. Macam masa saya pergi tu, ingatkan dah sampai awal la kan, sebab masatu baru pukul 8 pagi centu, tup tup nak cari parking pun susah! Then, dah dapat parking, nak gi beratur pulak. Panjang line dia, especially course seni bina berbanding ID . Make sure sebelum beratur tu tengok dulu kat kaunter mana korang beratur, takut salah and bazir masa je beratur (this was what happened on that day, ramai salah line sebab panjang sangat and tak nampak label counter)

Masa nak gi daftar tu, make sure korang ada semua surat-surat yang kena print dengan surat tawaran. So masa kat kaunter tu, korang just tunjuk surat tawaran dan ic korang.

PREPARATION

1. Pastikan korang dah photostat segala sijil yang korang ada, termasuk  Sijil lahir korang, mak abah  korang pun kena sekali tau! (With their mykad also) Sebab yknow, uitm kan for bumiputera so maybe they wanna check latar belakang kot ha gitu. MAKE SURE ADA TANDATANGAN DAN COP YANG MENGESAHKAN SIJIL TU. kalau tak, sia-sia je bawa sijil banyak-banyak tapi tak dikira.

2. To those yang ambil Lukisan Kejuruteraan masa SPM, bawakla portfolio korang, boleh jadi markah bonus untuk korang tau! Untuk sesiapa yang tak ambil LK pulak, korang just draw beberapa structure/bangunan/figure and bawak je sekali masa interview, also tu pun boleh jadi markah bonus.

3. Banyakkan practice melukis 3D things kat rumah! So that masa ujian melukis tu senangla nak bayangkan structure 3D atas kertas. Belajar jugak cara shading, tak silap saya masa yang dipertuntukkan adalah 1 jam. Jadi nasihat saya, belajar lukis dengan cepat, take time dalam 15-20 min je untuk draw outline and masa selebihnya untuk awak shade dan perbaiki lukisan. Kalau boleh, jangan guna pemadam (except kalau desperately sangat) and pembaris sebab after all, what u got in that room is just an object, a piece of paper and a pencil. Elakkan tengok drawing orang lain, sebab selain rasa insecure, ia boleh melambatkan otak awak sebab tak fokus and asyik terpikir pasal orang lain je.

4. After ujian melukis ni, korang akan dibawa ke satu bilik menunggu ni. Masatu korang kena isi la borang-borang yang dia bagi, sementara tunggu giliran. Giliran dikira siapa daftar awal, dia dulu yang dapat interview so korang datanglah awal ye kalau nak balik awal. Like masa saya,  walaupun sampai uitm pukul 8, tapi masa beratur tu adalah jugak ambik masa 1jam setengah. Lenguh sis hahaha. And masatu saya dapat giliran ke 111, fuh lama menunggu, sempat zohor dulu. Masa menunggu ni la peluang korang untuk gilap balik skill communication korang, kalau boleh, prepare dari rumah 'common question' dan jawapan korang, so that bila kat bilik menunggu tu korang boleh la practice.  Banyakkan selawat juga ya hehe

5. Nanti ada lecturer on duty yang akan panggil no giliran korang. Always, when u nak tanya soalan ke apa, jangan panggil diorang makcik/pakcik, panggil diorang puan/encik or sir/madam. First thing bila dah masuk dalam bilik iv tu, bagi salam sebelum duduk. Contoh, "Assalamualaikum/Good morning/evening Sir, may I be seated?" then kalau dia angguk baru korang duduk. Make sure sentiasa senyum tau! Apa-apa pun jawapan korang jangan skema sangat, be proffesional and cool, jangan tunjuk nervous sangat. Bawak je segala sijil, portfolio and drawings korang masuk. Jangan tunggu dia mintak, korang yang kena tunjuk. JANGAN LUPA BAWA IC kalau taknak kena marah. Benda ni calon selalu lupa. Antara common questions yang selalu ditanya,

- Tell me about yourself (intro diri)
- Why u choose architecture (x factor pada diri awak yang awak nak tunjukkan + harapan awak sebagai arkitek)
- Who is your fav architect? (Cari local architects la kalau boleh,and sumbangan diorang)
- The architects that have give idea on Malaysian's building? (ni buat research pasal bangunan kat msia yang orang luar buat, contoh klcc, bangunan sultan abdul samad)
-Pros and cons of being an architecture? (Kelebihan dan keburukan jadi arkitek, tapi korang cover la balik konon korang boleh atasi keburukan tu.)
- What does architect do? (jangan nak jawab drawing building je k, aku hempuk pale korang kang. Rajinkan buat research, dalami maksud architect)

Masa cakap tu korang lontarkanlah idea korang kepada masa depan negara, apa yang korang mampu sumbang. Be talkative and friendly okayz.

Btw, UPU dah keluar, I didn't got shortlisted as an architecture student but i got to be the Quantity Surveying Student at UiTM Seri Iskandar, pray for me ok!

I'll upload the pictures later. Till we meet again :)