Kadang Allah bagi dugaan tu bukan dalam bentuk masalah je. Kadang Allah bagi dugaan dalam bentuk kesenangan. Tapi persoalannya, adakah kita senang dengan kesenangan itu?
Salam.
Nak cerita pasal dekat dan jauh hamba dengan Tuhan adalah bukan sesuatu yang senang. Hati manusia memang takde sesiapa yang tahu; kecuali yang diatas sana, yang Maha Esa. Mungkin, untuk orang lain kita ni baik, kita ni kuat ibadah, kita ni bertanggungjawab tapi sebenarnya, kita sendiri yang tahu hal sebenar. Walhal, sebenarnya kitalah yang lawan cakap ibu bapa, kitalah yang bila nampak orang susah, kita tak tolong, kitalah yang buat ibadah bersungguh-sungguh bila depan orang je, kitalah yang melengah-lengahkan tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim, untuk mendirikan tiang agama.
Malu kan?
Malu dengan diri sendiri.
Malu dengan Tuhan.
Malu.
Bukanlah aku untuk tentukan orang munafik atau tidak, sedangkan aku sendiri pun begitu. Kekadang aku pernah saja terasa untuk tidak menunaikan perkara wajib aku sebagai seorang Muslim. Ya, benda begitu mmg biasa, tapi jangan biasakan. Jika Iman masih ada, pasti kita tahu itu adalah salah. Salah sama sekali. Malah, hidup pasti akan jadi tidak tenteram. Dan adakalanya terasa, "adakah Allah bersama aku sekarang?", kerana apa? kerana kita tidak ada untukNya. Kita sendiri pun ragu-ragu dengan diri sendiri. Sebab kita tahu, kita tak mampu menjalani segalanya sendirian; kita hanyalah manusia biasa, hambaNya.
Nak dijadikan cerita, ada sesetengah daripada kita yang memikirkan seperti, "buat apalah aku hendak menyembahNya sedangkan Dia tiada semasa aku perlukan dia? Malah, aku sekarang hidup senang lenang tanpaNya"
Hmm.
Bodoh.
Ok, pertama sekali, Allah sentiasa mendengar doa hambaNya. Doalah apa sekalipun, Allah mendengar. Tetapi mengapa Allah tidak perkenankan doa hambaNya?
Allah itu Ar-Rahman.
Dia Maha Pemurah.
Dia akan beri apa-apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya pada bila-bila masa sahaja.
Untuk soalan tadi,
Allah menjawab doa dengan 3 cara;
1. YES - Allah perkenankan doa kita ASAP.
2. NO - Allah tidak perkenankan doa kita, kerana Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik.
3. WAIT - Allah akan perkenankan, cuma bukan sekarang. Tunggu.
Dan mengapa ada sesetengah yang tidak beriman tetapi masih berjaya?
Bro & sis, itu ujian namanya. Allah nak tengok semampu mana kita tanpaNya. Kekadang dengan kesenangan kita lalai, kita bongkak, kita riak. Dan semua sifat-sifat ini akan kembali kepada kesusahan. Tapi ada juga yang diberi kesenangan, dan sifat-sifatnya adalah baik; tetapi apa gunanya semua ini jika tiada kepuasan?
Kepuasan yang saya maksudkan adalah, apalah sangat kesenangan didunia ini, bila dah capai sesuatu, so what? apa yang akan jadi? I'll leave this question to you guys so that you guys can think of it on your own.
Kerana itulah, bila diberi nikmat, dimakbulkan doa, diberi kesenangan, dilimpahkan rezeki, syukur. Syukur. Syukur. Kerana segalanya datang daripadaNya.
Simple sequence, bila kau syukur, Allah beri lagi.
Jangan pernah berpaling daripadaNya. Stick to your Iman. Make it stronger by learning new things everyday.
I dont even know what I'm trying to say, but I'm writing this to remind myself. Yall out there, should remind your friends about Allah, and I believe, He will remind of u too. And always be with you. Dunia akhir zaman. Kita perlu saling membantu.