Well, sekarang baru ada masa nak edit blog, hehe!
Selama ni terlampau sibuk dengan everything in school, lagi-lagi tahun ni. Ingatkan last year dah stressful year dah, rupanya this year lagi- masyaAllah, Tuhan je tahu. Enough for all the crying, unfinish work and late sleep, let's build a new life!
So here's some iktibar that I found in my daily life.
1. Complaining; manusia memang tak pernah berhenti merungut. Kurang konteks bersyukur. Kadang mentaliti kita sendiri yang kawal diri- memang tak pernah cukup itu ini. Itulah manusia. Nak yang serba sempurna je. Kadang kita lupa, mana ada yang perfect, mana ada yang sempurna. Inilah namanya hidup. Jika semuanya sempurna, kenapa wujudnya dosa dan pahala?
Siapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit,
pasti tidak bersyukur dengan yang banyak.
pasti tidak bersyukur dengan yang banyak.
Ya, aku bercakap tentang aku sendiri. Enough with all of the complaining, nagging and start working!
2. Ignore; sometimes, bila kau banyak sangat kerja nak disiapkan, u tend to ignore some of your responsible. "Alah takpe, yang tu buat nanti-nanti je, yang ni lagi penting". Kita tolak, kita letak tepi, kita lengah-lengahkan dan akhirnya kita ignore. Manusia memang banyak alasannya, sampai kita lupa, yang kita ignore tu tanggungjawab kita, yang kita kena tunaikan. Tu nama dia amanah.
Tak boleh gini. Bila nama dia amanah, wajib untuk kita laksanakan. Buat. Cari masa. That's why when u do your work, do it properly, buat sungguh-sungguh.
Dulu kan cikgu selalu pesan,
Kalau nak buat kerja, buatlah betul-betul.
Bila main, mainlah sungguh-sungguh.
Dah lupa?
3. Reactions; Some have happy faces even they're actually not, some have grumpy faces even when they actually aren't. Kena pandai kawal. Again. Tunjuk muka yang ceria, baik walaupun kau sebenarnya not in the mood. Belajar jadi peramah- tegurlah orang.
Ha ni nak cerita sikit. Aku baru sedar yang aku ni jenis sarcasm since last year. I'm totally not like that actually. Dulu aku jenis yang malu- segan tak bertempat. I was surrounded by talkative people back then which tend to boost me to be a sociable people as well. Tapi cara aku ni lain sikit. I do most of the talk through indirect advices; sarcasm. Sarcasm- aku nasihat orang dalam bentuk perli dengan harapan orang tu boleh muhasabah diri.
Salah tu. Salah.
Nabi tak ajar kita macam tu. Jaga perasaan orang lain. Reaction kita yang begitu akan buatkan orang lagi menyampah dengan kita. Orang benci kita. Walaupun niat kita baik. Manusia, biasalah. Tak semua boleh terima dan hadam benda yang sama. Tak semua tafsir lisan dengan cara yang sama. - dan mereka yang tidak dapat menerima akan terus mengkritik kita.
Menegur jangan sampai menghina,
mendidik jangan sampai memaki,
meminta jangan sampai memaksa,
memberi jangan sampai mengungkit,
4. Judge; normal lah kalau kita kena judge. Tapi, jangan biasakan diri untuk judge orang lain. Again, manusia TAK sempurna. Elakkan mulut daripada mengumpat, mempertikai dan sebagainya. Ingat, makhluk yang diperkatakan itu ciptaan Allah. Dia yang menjadikan. Segala yang ada padanya adalah dari Allah. Allah yang menetapkan. Andaikan fulan bin/binti fulan itu memang benar perangainya tidak dapat diterima, itulah tanggungjawab kita, amar makruf nahi mungkar; tegur - dengan baik, kalau boleh dengan sentapkan rohani, bukan sentapkan yang nyampah tu, bantu dia muhasabah.
Dan andaikata setelah ditegur pun tidak nampak perubahannya, doakanlah yang baik-baik buatnya, agar diberi petunjuk dari yang Pemberi Hidayah.
Ustaz aku pernah cakap,
Semua manusia ada kelebihan tersendiri,
Kita sendirilah yang kena cari apa kelebihan tu.
Katanya gitulah. There must be satu benda yang ada pada kita tapi takda pada yang lain. Cuma yang patut mencarinya kita la. Sebab tu kita digalakkan mencuba benda baharu, jika tidak melanggar syariat Islam.
5. Pretend; atau dengan nama Islamnya, munafik. Benda ni aku paling takut. Aku sendiri tak tahu yang aku ni munafik ke apa. Munafik- kononnya kata kita beriman sedangkan kita tidak. Ada orang buat baik sebab nak kena puji je. Ada orang hafal dalil dan hadis kerana nak nama. Ada orang tutup aurat dengan sempurna sebab nak dilabelkan perempuan solehah, perempuan terbaik. Ada orang yang solat sunat bertimbun depan orang ramai je, bila balik rumah, solat fardhu pun tak cukup.
Takut.
Aku takut aku munafik. Segalanya bermula dengan nawaitu. Niat tu kerana Allah. Jangankan segala ibadah yang kita lakukan itu tidak diterima, dek kerana selfishnya kita.
Ciri-ciri orang munafik;
- bila berkata dia berdusta
- bila berjanji dia memungkiri
- bila dia diberi amanah dia mengkhianati
- bila dia bergaduh dia melampaui batas.
Yang ini kena pandai jaga sendiri.
Jangan jadi muna'FAKE'
6. Push; tak, ni bukan yang disebutkan dalam bilik bersalin tu. Push yourself. Usaha. Buat semua benda tu kena ada target, baru tahu mana path kita. Bayangkan, kau ada basikal. Lepastu, tayar basikal kau pancit. Kau kena juga repair basikal tu sebab tu basikal yang arwah atuk kau bagi. Dia suruh kau jaga betul-betul. Memang, sungguh, arwah sudah tiada. Kalau biarkan sahaja pun bukannya dia tahu, bukannya taknak repair, tapi nanti-nanti sajalah. Tapi ini amanah, yang kau kena buat. Biarkan kedai repair tu jauh, kalau kau tak mula bergerak, bila nak sampai?
Samalah seperti apabila kita nak jalani hidup, tak kisahlah usaha dalam nak buat apa-apa sekalipun. Aku bagi contoh senang; belajar. Kau calon SPM. Lagi dua bulan nak trial tapi kau tak start engine pun lagi, tak start study pun lagi. Kau rasa kau tak mampu, based on all of the efforts yang kau pernah buat, dan all of the results yang tak memberangsangkan. Kau just tahu yang kau tak mampu. Jadi kau pun putus semangat. Ha ni sama lah macam tayar pancit. Kau boleh je jalan balik rumah, tinggalkan basikal tu kat tepi, ataupun kau bawa basikal itu untuk repair. Kalau kau balik rumah, maksudnya kau mempertikaikan kebolehkan kau. Asal jauh sikit je kau rasa takleh ah, asal susah sikit je kau putus harapan. Takleh centu! Usaha dulu, baru boleh tengok hasil. Tapi kalau usaha setakat cincai cincai alexander, jangan haraplah nak tengok hasil yang gempak,
PUSH.
Buat yang terbaik untuk hasil yang terbaik. Rugilah usaha kalau hasil tak best. Macam amanah arwah atuk tadi, dia nak kita jaga basikal tu baik-baik; macam harapan mak abah, mesti nak tengok anak dia berjaya kan? Kalau bukan sekarang nak balas jasa mereka, bila lagi?
-dan ini masalah aku sekarang.