Dulu,
Aku seorang yang naif,
Mudah dijatuhkan,
Mudah dicaci dan dihina.
Namun,
Aku hanya berdiam diri,
Sanggup menahan rasa ini,
Demi ibu bapa,
Yang menempatkan aku disini,
Yang menaruh harapan; Moga aku berjaya.
Kata-kata ku ketika itu,
Dianggap satu penipuan,
Dipandang sebagai satu strategi untuk menjadi attention seeker.
Aku bukan anak manja,
Ya, aku memang bukan.
Ibu bapa melayan aku sama seperti kakak dan abang.
Disaat aku tidak dipercayai,
aku simpan di hati ini,
Biarlah orang nak kata apa,
Ini cerita aku,
Biar aku yang membina plotnya.
Setelah 3 tahun berlalu,
Aku kini rasa bebas,
Bebas daripada segala arahan,
Daripada beberapa orang ketua,
Yang langsung tidak patut memberi arahan.
Dan aku kini,
Masih berdiri di tempat yang sama,
Memegang jawatan sebagai seorang ketua,
Yang mungkin akan dibenci anak buahnya,
Seperti aku dahulu.
Kini aku mengerti,
Ketua yang dahulu aku benci,
Layak memberi arahan,
Layak memarahi kami,
Layak dipanggil ketua.
Kerana semua yang dilakukannya bersebab.
Namun, kini aku pula,
Dilabel sebagai setan,
Yang tidak tahan amarahnya,
Entahlah, aku diajar berbuat begitu,
Tapi apakah yang setan sangat dalam diriku?
Aku hanya penyampai amanah,
Dan mereka masih tidak memahami kerjaku ini.
Batak.
Mereka kata aku batak.
Moga Allah tingkatkan lagi tahap kesabaranku.
Moga aku mencapai redha Mu.
Moga aku dapat menjalankan tanggungjawab ini.
Moga aku dapat memikul amanah dengan baik.
Moga aku menjadi seorang ketua yang disegani.
Moga aku lebih bertimbang rasa.
Moga mereka faham akan aku.
Kerana,
Batak itu bukan aku.